Monday 20 April 2020

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN TELEKOMUNIKASI



MPU23052: SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : UST. RAJA AHMAD BIN RAJA HUSEIN

KELAS: DKM2C

AHLI KUMPULAN
1.MOHD SYAHMI IFFAH SHAHIRAN [07DKM19F1103]
2.MOHD NAQIUDDIN AFIQ [07DKM19F1064]
3.MOHD HAZWAN [07DKM19F1079]
4.MOHD HANIF [07DKM19F1088]



Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnianya kita masih lagi dapat bernafas, dapat melihat, dapat berjalan, dan yang paling penting masih dapat beribadat kepadaNya.Dalam blog ini, kami akan membahas berkaitan apakah kepentingan alat telekomunikasi dan aplikasinya dengan mengaitkan etika sains, teknologi dan kejuruteraan serta tiga kaedah Figh iaitu Al-Umur Bi Maqasidiha, Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir dan Ad-Darar Yuzal.

PENGENALAN


Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh yang melebihi dua hala. Hal ini termasuklah komunikasi menggunakan radio televisyen telefon pintar dan juga koputer riba.Terdapat pelbagai jenis maklumat yang boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi. hal ini termauklah suara dan muzik gambar dan gambar boleh bergerak failkomputerdan aplikasi serta data telegraf. Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan. Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.





Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ?

Soalan 1 


i) Bagaimanakah sains, teknologi dan kejuruteraan dapat memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti?


- Hal ini telah terbukti dan dapat dilihat pada masa kini  apabila teknologi penambahbaikan dalam telekomunikasi menunjukkan perubahan yang amat positif. Buktinya, banyak perubahan yang berlaku kepada penciptaan telefon pintar terutamanya dalam aspek ciri-ciri telefon pintar itu sendiri dimana alat tersebut boleh dibawa ke mana sahaja kita pergi.
Jika dibandingkan telefon pintar generasi pertama yang diciptakan dahulu dan telefon pintar pada masa kini, kita dapat lihat perubahan yang amat ketara. Telefon pintar pada masa kini telah dipasarkan di seluruh pelusuk dunia dan menjadi popular dengan kapasiti yang berkelajuan tinggi dalam mengakses dan melayari laman sesawang, mempunyai data penyimpanan yang mencukupi untuk menyimpan maklumat, dapat memainkan lagu (MP3) dan video (MP4) seperti komputer riba atau lebih dikenali sebagai PC (Portable computer), fotografi, bermain permainan 'video game' dan berbagai macam lagi. Hal ini tidak boleh dinafikan bahawa manusia di seluruh dunia pada masa kini berlumba-lumba dalam membangunkan Revolusi Industri 4.0 dimana teknologi (telefon pintar) akan lebih bertambah maju lagi jika dibandingkan dengan model pertama penciptaan telefon pintar.

OLD DAY

NOWADAY


ii) Bagaimanakah telefon pintar dapat menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizik?

- Telefon pintar pada masa ini amatlah diperlukan di era teknologi dimana para ahli teknisyen (technician)  dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizik. Aspek ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka. Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya sang pencipta alam iaitu ALLAH SWT. Dorongan sifat ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan pada mereka yang mencipta dan membangunkan teknologi yang bernama telefon pintar ini.



Sebagai umat Islam,kita perlu tahu baik buruk akan perbuatan, niat dan tindakan kita ke atas apa sahaja yang kita lakukan. Hal ini juga mesti dititikberatkan dan harus memberi pendedahan kepada semua Muslim terutamanya yang bergiat di dalam industri tekonologi dan telekomunikasi atau lebih spesifik orang yang menciptakan telefon pintar (smart phone) ini kepada kaedah Fiqh dimana ianya sangat penting dalam kehidupan kita untuk diaplikasikan. Antara kaedah Fiqh yang perlu di tahu adalah :-

i) Al-Umul Bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat)

- Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. Setiap perkara yang kita ingin lakukan terutamanya dalam penciptaan telefon pintar ini perlu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, apakah yang ingin kita lakukan dalam membantu semua orang di seluruh dunia ini dan yang paling penting sebagai umat Islam, kita perlu niat dalam melakukan apa pun pekerjaan kerana Allah S.W.T
Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda:
نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6].

ii) Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir (Kesusahan membawa kemudahan)

- Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Samalah juga konsepnya seperti apabila membuat satu telefon pintar, kita perlu berhati-hati, memerlukan konsentrasi dan bersabar dalam memasang cip-cip / komponen yang bersaiz nano ke papan induk (motherboard) telefon tersebut. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :-"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"
 Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah S.W.T di atas ialah Allah S.W.T  tidak menginginkan kesukaran kepada umat Islam, sebaliknya mereka diseru bagi melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara.

iii) Ad-Darar Yuzal (Kemudaratan hendaklah dihapuskan)Apabila bertembung dengan kemudaratan dan keburukan, maka pada kebiasaannya hendaklah didahulukan dengan menolak keburukan terutamanya dalam teknologi penciptaant telefon ini kerana penekanan syarak kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara yang ditetapkan. Kaedah ini membawa maksud, jika terdapat pertentangan antara kebaikan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka mencegah kemudaratan itu adalah lebih baik daripada mendapat kebaikan.


HISTORY OF WIRELESS TECHNOLOGY



Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa Teknologi telekomunikasi memberikan pengaruh yang besar kepada setiap individu yang menggunakannya, sama ada dalam aspek yang positif mahupun negatif. Dalam kalangan pelajar, penggunaan telefon pintar mempunyai internet dapat membantu proses pengajian mereka khususnya ketika mencari bahan rujukan dan sumber penerangan. Penggunaan telefon pintar wajar dilihat dari aspek positif supaya pelajar mendapat lebih banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar juga patut sentiasa diingatkan supaya menggunakan sambungan tanpa wayar di kampus sebagai instrumen menjulang kejayaan akademik bukannya mensia-siakannya. Akhihr kata, saya berharap agar semua lapisan masyarakat menggunakan segala kemudahan sedia ada dengan lagha kerana segala perbuatan buruk bermula dari hati yang tidak bersih.


Rujukan

i) Buku : Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (MPU23052)

ii) Laman sesawang : https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi




GRACIAS YOU MADE IT


any question just ask me now,will answer it as soon as possible